Tempat Pembuangan Undi, Pilihan Raya Umum Semester (PRUF 3),

Ahad, 30 Mac 2008

Pemilihan Peneraju Tampuk Legasi Penderitaan

Buat pertama kali dan rasminya Jemaah Mantan Penghulu Bac. Pend. (PBMP) sebulat suara memperkenalkan sistem pemilihan penghulu baru bagi semester akan datang secara e-undi yang bagi aku telus lagi meletup gitu. sistem pemilihan secara e-undi ini bertujuan untuk memilih bakal penghulu untuk sem 5 kita tanpa ada rasa tidak puas hati (kalau ada yang tak puas hati "APAHAL TAK UNDI")

Kalau nak ikut pengalaman aku sepanjang memegang jawatan ini, aku mula sedar akan pentingnya menjaga nilai persahabatan dan mengekalkannya. cabaran yang ditemuh juga bukan calang-calang. tapi aku nak ucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada semua terutamanya kepada exco tertinggi yang banyak bantu aku (tanpa korang sapelah aku). JASEMU TOTAP DEN KONANG EH...

menurut Redaples (Mantan penghulu pertama), "Jadi Penghulu Semesta yang pertama memang mencabar sebab kami semua masih belum mengenali dan memahami antara satu sama lain. Perpaduan dan ikatan persaudaraan menjadi agenda utama walaupun agak mustahil untuk direalisasikan. Namun menjadi Penghulu Semester memang pengalaman yang hebat dalam mengasah bakat kita sebagai mahasiswa dan anda hanya akan tahu bila anda merasainya". "Cubalah sekarang!!!" katanya ketika cuba mengubah topik.


Setelah hampir genap setahun aku memegang jawatan penghulu sem merangkap pemegang amanah dan amarah, kini tiba masanya aku melepaskan 'cokmar kebesaran' kepada sahabat yang lain. "kalau nak ikutkan hati memang aku tak terima jawatan ni". kata-kata inilah yang aku lafazkan semasa mula-mula aku dilantik. namun atas rasa tanggungjawab dan sayang akan rakan-rakan yang lain aku terima dengan hati terbuka. namun kini rasa sedih makin tiba, bagai melepaskan harta berada dan aku harap pewarin LEGASI PENDERITAAN ini akan dapat menaikkan lagi nama kos kita.....tidak,tidak.tidak.......batch kita di mata dunia khususnya dan kosmos amnya (hahaha...).



UNDIAN BOLEH DILAKUKAN DI RUANGAN SISI BLOG INI

ATAU

http://akuwandypoet.blogspot.com




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Legasi Penderitaan?

Mak oiii!Tak sangka memegang kuasa dan amanah itu satu penderitaan.Siapa yg menderita sebenarnya?Mereka yg memegang kuasa?Atau mereka yg dikuasai?

Hahaha!By the way teruskan menulis.Bangga adik2 sem.4 yg nak naik ke sem.5 ni ramai juga yg punya blog. Bukan senang nak menukang kata-kata. Bebudak zaman balckberry sekarang bukan ramai yg boleh menulis.Patutlah anda dicemburui senior2 anda.Ooopps!

Ini pandangan ikhlas dari seorang tenaga pengajarlah....